Penguin Falling Asleep

Thursday, 13 March 2014

Aku suka dia???

Satu malam. Sedang aku leka mentadabburi kalam-kalam suci al-Quran, kelekaanku terhenti bila satu suara yang sangat aku kenali menyapaku.

“Akhi, antum sibuk tak sekarang ni?”

“Eh, antum ni kenapa? Gundah semacam je?”

“Alaa, jom la. Kejap je. Nak borak dengan antum in private ni..”

“Hmm. Macam benda serius je. Apa masalah nya akh?”

“Kejap lagi ana cerita. Jom..” sambil berjalan menuju kawasan yang lengang dari kesibukan malam.

Sesampainya ke kawasan yang di tuju, ikhwah yang ku kenali sejak dua tahun lalu itu masih membisu seribu bahasa. Rasa ingin tahu mula membuak-buak di benak pemikiran ku. Aku mulakan perbicaraan.

“Apa dia yang antum nak bincangkan dengan ana sampai nak bawa ana ke sini? Antum ada masalah dengan keluarga ka akh?” tanyaku kepadanya.

“Bukan masalah keluarga akh.”

“Habis tu? Antum nak nikah ke? Nikah la.”

“Antum ni, bagi la ana cerita dulu.” sambil tersipu-sipu.

“Lah, ana dah bagi antum cerita, tapi antum yang tak nak cakap. Teruskan la.” kataku dengan nada separuh bergurau.

“Ok, ana cerita. Begini akh. Ana sebenarnya.. Ana sebenarnya ada berkenan dengan seorang akhwat ni.”

“Akhwat mana?”

“Adalah..”

“Mana antum tahu dia akhwat?”

“Err. Macam ni. Dia sebenarnya junior ana waktu sekolah dulu. So dia memang friend ana kat Facebook. Ana ada nampak gambar dia join beberapa program yang kita handle. That’s why la..”

“Hmm. Pada ana akh, antum tak boleh mengambil konklusi mudah bahawa mana-mana perempuan yang ada join beberapa program kita sebagai akhwat.”

“Tapi akh, takkan la dah join dua tiga program kita masih bukan akhwat lagi?” sedikit meninggi nada suaranya mempertahankan hujahnya.

“Antum kena faham akh, program-program yang kita buat ni selalunya bersifat umum dan terkadang sesiapa sahaja boleh mengikuti program yang kita kelolai.”

“Maksud antum?”

“Maksud ana, untuk kita tahu bahawa dia tu seorang akhwat atau tidak, kita kena tahu halaqoh dia macam mana, komitmen dia sekuat apa, tarbiyyahnya berjalan dengan baik, benar dan tepat ataupun tidak. Bukan semudah datang program. Mudahnya ana nak tanya pada antum. Antum tahu atau tidak komitmen akhwat yang antum maksudkan tu terhadap tarbiyyah macam mana?”

“Err. Tak tahu..”

“Itulah sebabnya akhi. Kita tidak boleh sesuka hati mengambil konklusi. Cuma ana nak antum faham bahawa benda yang antum hadapi ni tersangatlah normal. Dan antum mengambil tindakan yang bijak, iaitu mencari konsultansi sebelum melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Beberapa ketika setelah itu, ikhwah tadi mula bersuara.

“Habis tu, apa yang ana patut lakukan sekarang?”

“Mudah saja akh. Lupakanlah dia. InsyaAllah ada banyak lagi akhwat terbaik untuk antum.”

“Tapi..”

“Kenapa akh? Akhwat yang antum maksudkan tu cantik sangat ke sampai antum masih ragu-ragu?”

“Takdelah cantik sangat.. Tapi..”

Keadaan menjadi sunyi semula..

“Ok akh. Sebelum tu ana ada persoalan untuk antum, kenapa antum berada di jalan ni?”

“Emm. Untuk mencapai redha Allah, dakwah sungguh-sungguh supaya umat manusia dapat di tarbiyah dengan Islam..”

“Ok. Soalan kedua, apa tujuan sesebuah pernikahan antara da’ie dan da’ieah?”

“Emm. Sebab nak menyempurnakan separuh daripada agama?”

“Betul la tu, tapi kurang tepat. Sebab apa?”

“Emm. Sebab.. Nak memudahkan dan melancarkan urusan dakwah?”

“Ok. Seterusnya. Kenapa antum berkenan pada seseorang akhwat?”

“Err. Sebab dia akhwat? Dia pun di tarbiyah?”

“Hmm. Itu wajar-wajar saja akhi. Tapi antum kena tanya diri antum sendiri, mana yang lebih patut. Adakah patut antum berkenan pada akhwat tu hanya sebab dia cantik dan dalam pada itu antum menjadikan alasan dia di tarbiyah, dia di halaqohkan dan dia datang program-program kita sebagai alasan untuk antum berkenan pada akhwat tu? Ataukah kemantapan gerak kerja akhwat tu dalam dakwah, keyakinan antum bahawa keberadaan dia sebagai sayap kiri antum akan melajukan lagi luncuran dakwah, dengan kematangan akhwat tu boleh turut membantu antum membina kematangan diri dalam dakwah, dengan keberadaan dia disisi antum dapat menjadikan antum lebih ikhlas dan lebih bersungguh-sungguh dalam dakwah yang sepatutnya membuat antum berkenan pada seseorang akhwat tu?”

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Al-Imran 3:14]

“Err..” ikhwah tersebut tertunduk diam.

“Sepatutnya apa yang perlu kita dahulukan dalam hal seperti ini akhi? Dakwah atau hawa nafsu? Sebab kalau antum memilih akhwat sebab kecantikan, bukankah itu menggambarkan bahawa antum hanya mengikut kehendak hawa nafsu antum sendiri?”

“Ya Allah.. Adakah keikhlasan ku sudah hilang.. Apakah aku sudah hilang tujuan kenapa aku berbuat setiap apa pun..” kata ikhwah tersebut kepada dirinya sendiri.

“Ana tak rasa yang ana perlu dengar jawapan dari mulut antum atas persoalan ana tadi. Ana cuma harap antum jawab persoalan tadi dari lubuk hati antum yang paling dalam sekali, lubuk di mana keikhlasan antum dalam dakwah sedang bersembunyi, ataukah ia sedang terang-benderang menyinari? Wallahualam.”

Air mata ikhwah itu mula jatuh bercucuran, berderaian jatuh ke Quran terjemahan yang di genggam erat di tangan..

So akh, ana minta kita sama-sama cari semula keikhlasan hati kita, cari semula asbab apa antum bersengkang mata, berhempas pulas, membanting tulang empat kerat di jalan ini, yang padanya belum pasti imbalannya di bumi, tetapi akhirat yang pasti. Berkenan pada seorang akhwat atas rupanya yang cantik itu manusiawi akhi, takkanlah antum nak berkenan pada ikhwah yang cantik kot.” dengan nada sarkastik. “Tapi maksud ana, fahamilah bahawa keberadaan agama Islam di atas muka bumi ini adalah untuk menyalurkan fitrah manusia seperti cinta ke jalan yang suci, bebas dari maksiat dan kemungkaran.”

“Hmm..” sambil mengukir sedikit senyuman di balik air mata yang berlinangan..

“Tapi, kalau itulah alasan antum untuk menikahi seseorang akhwat, apalah bezanya kita dengan orang yang tidak di tarbiyah? Walau bertopengkan bait ad-duat sekalipun, jika tujuan dan niat sudah salah, apalah beza kita menikah dengan kebanyakan artis menikah? Kita pun tahu hakikat hadis Rasulullah SAW.”

"Dikahwini seorang perempuan itu atas 4 sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya; maka pilihlah yang beragama, dan berolehlah keuntungan". (HR Bukhari dan Muslim)

“Betul..”

“Ana mungkin bukanlah ikhwah yang paling patut antum tanya, sebab ana pun belum bernikah lagi. Tapi insyaAllah, apa yang ana boleh beritahu antum, masanya sudah hampir. Ana cuma harap doa antum agar ana lebih berbuat apa yang baru ana katakan tadi, agar hati kecil ini lebih terjaga dari tersimpangnya tujuan hakiki kita diturunkan ke dunia ini.”

“Haha.. Tak mengapa akh.. Ana doakan agar saat itu akan berlangsung tidak lama lagi. Terima kasih banyak atas nasihat antum. Tolong doakan ana agar terus ikhlas di jalan ini.”


“Haha. InsyaAllah.. No biggie la. Apa guna ukhuwah kan? Dah, jom balik. Menggigil badan duduk kat luar malam-malam macam ni.” sambil berpimpin bahu dengan tekad dan semangat baru menuju redha Tuhan..


Wednesday, 15 January 2014

Sacrifice?


"Hurmmmm... Am I suppose to buy this Quran mushaf? But the mosque already got lots of em..."

"Errr.. Oh no.. I thought this tazkirah won't take this long. I have tons of homework to do..."

"Ha? Walk to that faraway mosque? You gotta be kidding me. Perform prayer at the block's musolla is enough what..."

Hmmm.. What can you conclude from the dialogue (also can be a monologue) above? Yes, a lot can be concluded. Most of us might already able to guess the topic that will be discussed today.

Sacrifice. How do you define sacrifice? Do you really know what's the meaning of a sacrifice? Have you ever done any? Yeah, most of you would answer yes. What did you sacrifice? Mostly time, energy, ideas etc. But even if you'd be sacrificing your own life right now, what would it for? For what purpose? Is it worth it? How do you define worth? How do we know we're sacrificing for the right thing? All of these questions can be easily answered but don't tell me any of yours. Instead, ask yourself. HONTOU NI? (Am I really sure??)

"And of mankind is he who selleth his life even, seeking the pleasure of Allah; and Allah is Tender unto His bond men." Al-Baqarah [2:207]

Whoah, whoah. Wait a sec. Hontou ni? Even his own life? For what purpose? The pleasure of Allah. Again, hontou ni? Well, let's go deeper.

"Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise. They fight in the cause of Allah , so they kill and are killed. [It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah ? So rejoice in your transaction which you have contracted. And it is that which is the great attainment." [At-Taubah 9:111]

Whoah. You see that? Not only their lives, but also their properties! In exchange of? Yes. Eternal happiness in His jannah. Isn't that worth way more than the world and its content? Of course! But wait a minute, isn't that sounds too easy? Heck yeah it's "easy". Now let's go much deeper.

"Shaitân (Satan) threatens you with poverty and orders you to commit Fahshâ (evil deeds, illegal sexual intercourse, sins etc.); whereas Allâh promises you Forgiveness from Himself and Bounty, and Allâh is All-Sufficient for His creatures' needs, All-Knower.." [Al-Baqarah 2:268]

Wait what? Satan will threaten us? With poverty? What kind? Does it include poverty in terms of time, energy, ideas, properties etc? Then how? Wouldn't that be hard for us? Well, let's go much more deeper!

"And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient, Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return." [Al-Baqarah 2:155-156]

Deeper!

"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars." [Al-Ankabut 29:2-3]

Now I see. No wonder. Once we admitted to the fact that Allah is our only, the Almighty God and Prophet Muhammad is His 

messenger, we'll surely be tested. For what? To see whether you're a faithful servant of His or just a big liar.

Conclusion? Easy. It is normal to be feared of losing a bit of our property, time, energy etc but let's think about the reward in the hereafter. Isn't it worth more than you could've ever sacrifice?

Wednesday, 8 January 2014

Kecenderungan Hati?


“لَا إِلٰهَ إِلَّا الله”

Apakah yang kita faham dengan kalimah di atas? Secara spesifiknya perkataan “Ilah”. Pastinya ramai di antara kita menterjemahkannya kepada “Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Ya, tidak salah. Cuma kurang tepat. Apakah sebenarnya maksud “Ilah”? Makna ilah yang sebenarnya dapat kita fahami dari kata akar yang membentuknya. Ilah terbentuk dari kata kerja aliha. Dalam bahasa Arab alihahu bererti:

1.Merasa tenteram kepadanya sehingga ia asyik dengannya dan engan meninggalkannya
2.Berlindung dengannya kerana kagum kepada kekuatan, kehebatan dan kekuasaanya.
3.Rindu kepadanya kerana keberadaanya memberikan rasa tenteram dan aman sehingga ia berusaha untuk selalu dekat denganya.
4.Sangat mencintainya dengan hati yang tulus kerana tiga hal di atas. Apabila keempat-empat perkara ini diketahui, dirasakan dan diyakini maka ia akan:
5.Menyembahnya dan siap mengorbankan apa sahaja kerananya demi cinta yang mententeramkan, melindungi dan selalu ia rindukan. 

Pendek kata, “Ilah” bermaksud kecenderungan hati.


* * * * * * *

Saban hari, pasti kita sudah bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia di atas muka bumi ini. Setiap di antara mereka mempunyai minat atau kesukaam mereka yang tersendiri. Ada yang suka melayan musik; pop, rock, metal, rap, RnB, jazz, balada etc yang datang dari pelbagai sudut muka bumi; Barat, Jepun, Korea etc. Ada pula yang suka menonton drama bersiri television dari yang tempatan (Playboy itu suami aku, Ariana Rose etc) hinggalah drama antarabangsa (The Walking Dead, Games of Throne, Big Bang Theory etc) termasuk jugalah drama bersiri dari Korea, Jepun dan sebagainya. Ada pula yang minat bermain permainan video (DotA, Call of Duty, Grand Theft Auto etc). Tidak kurang juga mereka yang banyak melayan cerita panggung wayang (Iron Man, The Hobbits, LoTR, Harry Potter, X-Men etc). 

Selain daripada itu, ada juga mereka yang menjadikan seseorang personaliti atau artis sebagai orang yang mereka minati dan menjadikan mereka sebagai ikutan atau dalam bahasa mudahnya idola. Laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, WeChat, Whatsapp!, Youtube etc juga sudah menjadi trend kebanyakan manusia di masa kini. Semua ini pasti kita dapat lihat pada diri orang terdekat kita; rakan sebaya/sebilik/sekelas/setempat kerja, keluarga bahkan diri kita sendiri. Persoalannya, apa pula kaitannya dengan tajuk yang ingin dibicarakan pada kali ini?


* * * * * * *

Suka saya memberikan sebuah analogi berkenaan sebuah cerita. Bayangkan anda berada di dalam sebuah kelas, seorang guru bertanya kepada semua murid-muridnya, "Murid-murid, apakah jawapan bagi lima campur tiga?". Dengan penuh keyakinan anda tahu jawapannya. Di dalam hati anda terdetik jawapan "Lapan". Namun pada kemudiannya semua murid-murid menjawab, "Tujuh cikgu!" dengan penuh semangat. Anda terkesima. Bahkan guru tersebut mengiyakan jawapan tersebut. Kini anda menjadi pelik. Kenapa?! Anda terasa ingin memberontak namun anda juga tidak terlepas daripada perasaan ingin menjawab dengan jawapan "tujuh". Kenapa? Sebab semua orang menjawab dengan jawapan tersebut dan anda tidak ingin diasingkan apatah lagi dipandang pelik dengan jawapan "lapan". Persoalan timbul semula, apa pula kaitannya dengan tajuk yang ingin dibicarakan pada kali ini?

Kenapa saya memberikan analogi di atas? Secara mudahnya saya ingin memberikan anda gambaran terhadap keadaan masyarakat kita sekarang. Trend-trend yang muncul tidak kisah datang daripada timur, barat, utara mahupun selatan bumi ini pasti terdetik di hati kita untuk berbuat yang sama. Apabila semua orang ada Facebook, kita mula terasa untuk mempunyainya. Apabila ramai orang membuat video "Harlem Shake", kita pun terasa ingin buat juga. Apabila semua orang buat video "Gwiyomi", kita pun terasa ingin melakukan perkara yang sama. Apabila semua orang memakai gajet-gajet canggih, kita juga tidak terlepas untuk memilikinya. Semua ini kita lakukan tanpa berfikir secara rasional mahupun logikal adakah apa yang kita ikuti mampu membawa faedah kepada kita, ataukah hanya memberi mudarat semata-mata.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)" [Al-An'am 6:116]

Kebanyakan kesukaan tersebut hampir tidak ada memberi manfaat kepada kita. Membuang masa, duit, tenaga, pemikiran, potensi dan daya upaya kita yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk benda yang lebih besar. Padahal kita adalah orang Islam, padahal kita adalah hamba Allah SWT, Pencipta Semesta Alam, padahal kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Bukankah sepatutnya semua itu kita sumbangkan untum agama Islam? Dahulunya Islam amat terkenal dengan tokoh-tokohnya; Al-Khawarizmi, Al-Jabrun, Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Batutta etc atas sumbangan mereka terhadap dunia. Namun sayangnya umat Islam sekarang hampir tidak menyumbang langsung terhadap kemajuan dunia bahkan umat Islamlah umat yang paling ditindas, ditakuti, dipulaukan, di boikot bahkan dihinakan! Apalah erti doa yang selalu kita lafazkan selepas solat kita jika tiada langsung erti kita menganuti agama Islam? Hendak menjaga perintah Allah pun tidak mampu, apatah lagi yang Allah larang, terlalu asyik berfikir untuk memuaskan hawa nafsu semata.

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"." [Al-Baqarah 2:201]

Setelah mengetahui keburukan bagi apa yang kita perbuat itu, namun masih juga terasa berat untuk melepaskannya. Apakah sebabnya? Pastinya disebabkan ia sudah menjadi sebuah kecenderungan dalam hati kita. Buktinya, ada di antara kita yang pasti merasa tidak keruan apabila tidak melakukan perkara yang disukainya tersebut. Ada juga yang menjadikan "melepas tekanan" sebagai alasan kukuh untuk terus-menerus secara istiqomah melakukan perkara-perkara lagho. Pendek kata, mencari ketenangan katanya. Beberapa persoalan baru kini muncul; bukankah syarat untuk menjadi seorang Islam ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan juga memenuhi syarat-syarat yang kita ucapkan? Bagaimana pula kita boleh mempunyai banyak kecenderungan hati sedangkan sepatutnya hanya Allah lah yang menjadi "Ilah" kita? Dan bukankah ketenangan itu hanya datang daripada Allah?

"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)." [Al-Baqarah 2:165]

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'du 13:28] 

Jadi, apakah konklusinya? Mudah sahaja. Ayuh kita selami beberapa ayat al-Quran:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,". (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." [Ali-Imran 3:14-17]

Wednesday, 1 January 2014

La Taghdab


This is my first artwork that has been published in “Majalah Sinergi Edisi - 5”. Yeah, I know, I know. It’s not that cute, but I did tried my best. It’s my first one. Please spare me… <(=)”

Okay, back to our main topic please.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah juga bersabda: “Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.” (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus)

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that a man said to the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam:
"Advise me!" The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."
[Al-Bukhari; Vol. 8 No. 137]

These are among of the hadith that is popular regarding “La Taghdhab” or “Do not become angry”. Why is it that our Prophet forbid us from becoming angry? Is it really that bad? Why is it bad? Actually, anger is a normal reaction for human when in disappointment, frustration or being provoked. It is not wrong for us to become angry and furious, but it will be wrong when we did not control ourselves and let our emotion took ourselves over. When we let emotion takes over, we will usually abandon our rational and logic thinking and bad things will likely to occur. The consequences of this situation mostly will end or ruin relationship among people.

I still remember what my murobbi said to me: “It is not about what is happening to you, it is always about what is happening inside of you”. In these days, there are millions of cases about stress, unnecessary quarrelling and other cases that involves handling our emotion. Most people are intelligent, having knowledge more than other people, are geniuses in their own field of knowledge, but then not many of them are able to control their anger, their emotion. Nowadays, there are a lot of companies and organizations that makes Emotional Quotient (EQ) as their main concern for choosing a candidate to work with them. Why? Because they do not want to end up having an employee that throw his PC monitor to his colleague that was teasing him, or one that smashes the photocopy machine when it does not function properly (I know you guys have seen that video, right?).

Being a Muslim does not only require us to follow the spiritual aspect of it where you will pray, perform salah, hajj, saum, zakah etc. but also for us to follow the deeds that have been shown by our beloved Prophet Muhammad SAW. Islam does not only teach us to take care of our “vertical” relationship towards The Almighty Creator, but also to take care our “horizontal” relationship with other beings created by Him. That is why controlling our emotions is important as it plays an important roles in our communications with our surroundings.

“O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.” [Al-Baqarah 2:208]

So, as for the conclusion, to counter our emotional rage, we need to know how to find inner peace. How? Easy. Find The Creator of “peace” itself. Who? Of course, Allah Azza wa jall. Eh? You disagree? You say games, movies, your partners, cigarettes, alcohols will bring you peace? Hontou ni? Or is it just a distractions that makes you forget your problems temporarily? Now please be true to ourselves. If not, please do have a read of this beautiful ayah from the Holy Qur’an:

“Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah. Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured." [Ar-Ra’d 13:28]


That’s all from me, Mujahid Pingu. Till we meet again. Mata ne~

2014: Tahun perubahan?



2013 sudah berlalu. Mudah-mudahan dengan datangnya tahun 2014 ini bakal menjadi pembakar semangat kita untuk menjadi manusia yang bukan sahaja produktif dari segi duniawi, tetapi juga menjadi "booster" kepada diri dan hati kita untuk berubah menjadi hamba-Nya yang lebih taat, istiqomah malah proaktif menegakkan agama-Nya tidak kira "sesibuk" mana pun kita dengan urusan duniawi.

Tahun 2013 telah mengajar aku berjuta macam pengalaman dan pengajaran, telah banyak peluh keringat yang menitik, beribu tinta pena telah dihabiskan, beratus-ratus malah beribu duit yang telah terguna, berbillion-billion joule tenaga telah dikerahkan dan tidak kurang juga telah banyak air mata yang mengalir pada 2013. Tetapi untuk apa? Adakah semua itu terguna semata-mata memenuhi keperluan manusiawi diriku sahaja? Ataukah telah ku gunakan untuk mencari redha-Nya? Kalau ya, benarkah diriku telah ikhlas semata-mata kerna-Nya?

Beribu macam soalan berligar di minda. Antaranya ialah patutkah malam ini ku jadikan alasan untuk bersuka ria seperti mana insan lain yang masih tertipu dengan dunia? Ataukah malam inilah waktunya untuk aku bermuhasabah setelah apa yang ku lalui selama 365 hari pada tahun sebelumnya? Pastinya pilihan pertamaku bukan merupakan pilihan yang baik, malah sepatutnya tidak ada dalam senarai pilihan.

2014, walaupun ia merupakan tahun baru bukanlah menurut kalendar hijriah, apalah salahnya untuk kita mengambilnya sebagai "driving force" untuk kita melakukan perubahan? Cuma, jangan lupa untuk pertanyakan diri kita tentang kata-kata Saidina Ali ra. :

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” –Saidina Ali-

Pastinya pada tahun sebelumnya kita telah menanam azam untuk melakukan perubahan, namun periksalah kembali, adakah ia telah terpenuhi? Ataukah ia bakal menjadi memori bahawa "Aku pernah berazam untuk..." namun tiada langsung tindakan untuk melakukan perubahan?

Sekali lagi, beribu malah berjuta persoalan yang perlu kita pertanyakan kepada diri kita, hati kita, adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk diri kita, keluarga kita, amanah-amanah kita, profesi kita, malah yang lebih penting tugas kita sebagai hamba-Nya? Soalan-soalan ini perlu kita pertanyakan pada diri kita agar kita lebih sedar dimana kita berpijak; tepi jurang neraka atau tepi pagar syurga?

Well, siapa tahu rupanya Mujahid Pingu ialah seorang yang agak melankolik. Moga apa yang tertaip dapat membantu mengintrospeksi diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik malah mampu menyebarkan kebaikan dimuka bumi ini.


Salam tahun baru dariku, Mujahid Pingu <(")v