Satu malam. Sedang aku leka mentadabburi kalam-kalam suci
al-Quran, kelekaanku terhenti bila satu suara yang sangat aku kenali menyapaku.
“Akhi, antum sibuk tak sekarang ni?”
“Eh, antum ni kenapa? Gundah semacam je?”
“Alaa, jom la. Kejap je. Nak borak dengan antum in private ni..”
“Hmm. Macam benda serius je. Apa masalah nya akh?”
“Kejap lagi ana cerita. Jom..” sambil berjalan menuju
kawasan yang lengang dari kesibukan malam.
Sesampainya ke kawasan yang di tuju, ikhwah yang ku kenali
sejak dua tahun lalu itu masih membisu seribu bahasa. Rasa ingin tahu mula
membuak-buak di benak pemikiran ku. Aku mulakan perbicaraan.
“Apa dia yang antum nak bincangkan dengan ana sampai nak
bawa ana ke sini? Antum ada masalah dengan keluarga ka akh?” tanyaku kepadanya.
“Bukan masalah keluarga akh.”
“Habis tu? Antum nak nikah ke? Nikah la.”
“Antum ni, bagi la ana cerita dulu.” sambil tersipu-sipu.
“Lah, ana dah bagi antum cerita, tapi antum yang tak nak
cakap. Teruskan la.” kataku dengan nada separuh bergurau.
“Ok, ana cerita. Begini akh. Ana sebenarnya.. Ana sebenarnya
ada berkenan dengan seorang akhwat ni.”
“Akhwat mana?”
“Adalah..”
“Mana antum tahu dia akhwat?”
“Err. Macam ni. Dia sebenarnya junior ana waktu sekolah
dulu. So dia memang friend ana kat Facebook. Ana ada nampak gambar dia join
beberapa program yang kita handle. That’s why la..”
“Hmm. Pada ana akh, antum tak boleh mengambil konklusi mudah
bahawa mana-mana perempuan yang ada join beberapa program kita sebagai akhwat.”
“Tapi akh, takkan la dah join dua tiga program kita masih
bukan akhwat lagi?” sedikit meninggi nada suaranya mempertahankan hujahnya.
“Antum kena faham akh, program-program yang kita buat ni
selalunya bersifat umum dan terkadang sesiapa sahaja boleh mengikuti program
yang kita kelolai.”
“Maksud antum?”
“Maksud ana, untuk kita tahu bahawa dia tu seorang akhwat
atau tidak, kita kena tahu halaqoh dia macam mana, komitmen dia sekuat apa,
tarbiyyahnya berjalan dengan baik, benar dan tepat ataupun tidak. Bukan semudah
datang program. Mudahnya ana nak tanya pada antum. Antum tahu atau tidak
komitmen akhwat yang antum maksudkan tu terhadap tarbiyyah macam mana?”
“Err. Tak tahu..”
“Itulah sebabnya akhi. Kita tidak boleh sesuka hati
mengambil konklusi. Cuma ana nak antum faham bahawa benda yang antum hadapi ni
tersangatlah normal. Dan antum mengambil tindakan yang bijak, iaitu mencari
konsultansi sebelum melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Beberapa ketika setelah
itu, ikhwah tadi mula bersuara.
“Habis tu, apa yang ana patut lakukan sekarang?”
“Mudah saja akh. Lupakanlah dia. InsyaAllah ada banyak lagi
akhwat terbaik untuk antum.”
“Tapi..”
“Kenapa akh? Akhwat yang antum maksudkan tu cantik sangat ke
sampai antum masih ragu-ragu?”
“Takdelah cantik sangat.. Tapi..”
Keadaan menjadi sunyi semula..
“Ok akh. Sebelum tu ana ada persoalan untuk antum, kenapa
antum berada di jalan ni?”
“Emm. Untuk mencapai redha Allah, dakwah sungguh-sungguh supaya
umat manusia dapat di tarbiyah dengan Islam..”
“Ok. Soalan kedua, apa tujuan sesebuah pernikahan antara
da’ie dan da’ieah?”
“Emm. Sebab nak menyempurnakan separuh daripada agama?”
“Betul la tu, tapi kurang tepat. Sebab apa?”
“Emm. Sebab.. Nak memudahkan dan melancarkan urusan dakwah?”
“Ok. Seterusnya. Kenapa antum berkenan pada seseorang akhwat?”
“Err. Sebab dia akhwat? Dia pun di tarbiyah?”
“Hmm. Itu wajar-wajar saja akhi. Tapi antum kena tanya diri
antum sendiri, mana yang lebih patut. Adakah patut antum berkenan pada akhwat
tu hanya sebab dia cantik dan dalam pada itu antum menjadikan alasan dia di
tarbiyah, dia di halaqohkan dan dia datang program-program kita sebagai alasan
untuk antum berkenan pada akhwat tu? Ataukah kemantapan gerak kerja akhwat tu
dalam dakwah, keyakinan antum bahawa keberadaan dia sebagai sayap kiri antum
akan melajukan lagi luncuran dakwah, dengan kematangan akhwat tu boleh turut
membantu antum membina kematangan diri dalam dakwah, dengan keberadaan dia
disisi antum dapat menjadikan antum lebih ikhlas dan lebih bersungguh-sungguh
dalam dakwah yang sepatutnya membuat antum berkenan pada seseorang akhwat tu?”
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Al-Imran 3:14]
“Err..” ikhwah tersebut tertunduk diam.
“Sepatutnya apa yang perlu kita dahulukan dalam hal seperti
ini akhi? Dakwah atau hawa nafsu? Sebab kalau antum memilih akhwat sebab
kecantikan, bukankah itu menggambarkan bahawa antum hanya mengikut kehendak
hawa nafsu antum sendiri?”
“Ya Allah.. Adakah keikhlasan ku sudah hilang.. Apakah aku
sudah hilang tujuan kenapa aku berbuat setiap apa pun..” kata ikhwah tersebut
kepada dirinya sendiri.
“Ana tak rasa yang ana perlu dengar jawapan dari mulut antum
atas persoalan ana tadi. Ana cuma harap antum jawab persoalan tadi dari lubuk
hati antum yang paling dalam sekali, lubuk di mana keikhlasan antum dalam
dakwah sedang bersembunyi, ataukah ia sedang terang-benderang menyinari?
Wallahualam.”
Air mata ikhwah itu mula jatuh bercucuran, berderaian jatuh
ke Quran terjemahan yang di genggam erat di tangan..
“So akh, ana minta
kita sama-sama cari semula keikhlasan hati kita, cari semula asbab apa antum
bersengkang mata, berhempas pulas, membanting tulang empat kerat di jalan ini,
yang padanya belum pasti imbalannya di bumi, tetapi akhirat yang pasti.
Berkenan pada seorang akhwat atas rupanya yang cantik itu manusiawi akhi,
takkanlah antum nak berkenan pada ikhwah yang cantik kot.” dengan nada
sarkastik. “Tapi maksud ana, fahamilah bahawa keberadaan agama Islam di atas
muka bumi ini adalah untuk menyalurkan fitrah manusia seperti cinta ke jalan
yang suci, bebas dari maksiat dan kemungkaran.”
“Hmm..” sambil mengukir sedikit senyuman di balik air mata
yang berlinangan..
“Tapi, kalau itulah alasan antum untuk menikahi seseorang
akhwat, apalah bezanya kita dengan orang yang tidak di tarbiyah? Walau
bertopengkan bait ad-duat sekalipun, jika tujuan dan niat sudah salah, apalah
beza kita menikah dengan kebanyakan artis menikah? Kita pun tahu hakikat hadis
Rasulullah SAW.”
"Dikahwini seorang perempuan itu atas 4 sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya; maka pilihlah yang beragama, dan berolehlah keuntungan". (HR Bukhari dan Muslim)
“Betul..”
“Ana mungkin bukanlah ikhwah yang paling patut antum tanya,
sebab ana pun belum bernikah lagi. Tapi insyaAllah, apa yang ana boleh beritahu
antum, masanya sudah hampir. Ana cuma harap doa antum agar ana lebih berbuat
apa yang baru ana katakan tadi, agar hati kecil ini lebih terjaga dari
tersimpangnya tujuan hakiki kita diturunkan ke dunia ini.”
“Haha.. Tak mengapa akh.. Ana doakan agar saat itu akan
berlangsung tidak lama lagi. Terima kasih banyak atas nasihat antum. Tolong doakan
ana agar terus ikhlas di jalan ini.”
“Haha. InsyaAllah.. No
biggie la. Apa guna ukhuwah kan? Dah, jom balik. Menggigil badan duduk kat
luar malam-malam macam ni.” sambil berpimpin bahu dengan tekad dan semangat
baru menuju redha Tuhan..
Em...mudah-mudahan ikhwah tersebut dpt nikah cepat. heh
ReplyDeletedoakan aja akh. insyaAllah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDia macam kalau baca ayat Quran, Allah membahasakan zatnya sebagai nahnu (kami), bukan ana(saya) sebagai bentuk penguat kepada Allah yang maha kuasa, maha mulia. So penggunaan antum instead of anta pun berdasarkan konsep yang sama, untuk memuliakan sahabat atau ikhwah kita. Mudah2an menjawab soalan :)
ReplyDeleteDia macam kalau baca ayat Quran, Allah membahasakan zatnya sebagai nahnu (kami), bukan ana(saya) sebagai bentuk penguat kepada Allah yang maha kuasa, maha mulia. So penggunaan antum instead of anta pun berdasarkan konsep yang sama, untuk memuliakan sahabat atau ikhwah kita. Mudah2an menjawab soalan :)
ReplyDelete