Penguin Falling Asleep

Thursday, 13 March 2014

Aku suka dia???

Satu malam. Sedang aku leka mentadabburi kalam-kalam suci al-Quran, kelekaanku terhenti bila satu suara yang sangat aku kenali menyapaku.

“Akhi, antum sibuk tak sekarang ni?”

“Eh, antum ni kenapa? Gundah semacam je?”

“Alaa, jom la. Kejap je. Nak borak dengan antum in private ni..”

“Hmm. Macam benda serius je. Apa masalah nya akh?”

“Kejap lagi ana cerita. Jom..” sambil berjalan menuju kawasan yang lengang dari kesibukan malam.

Sesampainya ke kawasan yang di tuju, ikhwah yang ku kenali sejak dua tahun lalu itu masih membisu seribu bahasa. Rasa ingin tahu mula membuak-buak di benak pemikiran ku. Aku mulakan perbicaraan.

“Apa dia yang antum nak bincangkan dengan ana sampai nak bawa ana ke sini? Antum ada masalah dengan keluarga ka akh?” tanyaku kepadanya.

“Bukan masalah keluarga akh.”

“Habis tu? Antum nak nikah ke? Nikah la.”

“Antum ni, bagi la ana cerita dulu.” sambil tersipu-sipu.

“Lah, ana dah bagi antum cerita, tapi antum yang tak nak cakap. Teruskan la.” kataku dengan nada separuh bergurau.

“Ok, ana cerita. Begini akh. Ana sebenarnya.. Ana sebenarnya ada berkenan dengan seorang akhwat ni.”

“Akhwat mana?”

“Adalah..”

“Mana antum tahu dia akhwat?”

“Err. Macam ni. Dia sebenarnya junior ana waktu sekolah dulu. So dia memang friend ana kat Facebook. Ana ada nampak gambar dia join beberapa program yang kita handle. That’s why la..”

“Hmm. Pada ana akh, antum tak boleh mengambil konklusi mudah bahawa mana-mana perempuan yang ada join beberapa program kita sebagai akhwat.”

“Tapi akh, takkan la dah join dua tiga program kita masih bukan akhwat lagi?” sedikit meninggi nada suaranya mempertahankan hujahnya.

“Antum kena faham akh, program-program yang kita buat ni selalunya bersifat umum dan terkadang sesiapa sahaja boleh mengikuti program yang kita kelolai.”

“Maksud antum?”

“Maksud ana, untuk kita tahu bahawa dia tu seorang akhwat atau tidak, kita kena tahu halaqoh dia macam mana, komitmen dia sekuat apa, tarbiyyahnya berjalan dengan baik, benar dan tepat ataupun tidak. Bukan semudah datang program. Mudahnya ana nak tanya pada antum. Antum tahu atau tidak komitmen akhwat yang antum maksudkan tu terhadap tarbiyyah macam mana?”

“Err. Tak tahu..”

“Itulah sebabnya akhi. Kita tidak boleh sesuka hati mengambil konklusi. Cuma ana nak antum faham bahawa benda yang antum hadapi ni tersangatlah normal. Dan antum mengambil tindakan yang bijak, iaitu mencari konsultansi sebelum melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Beberapa ketika setelah itu, ikhwah tadi mula bersuara.

“Habis tu, apa yang ana patut lakukan sekarang?”

“Mudah saja akh. Lupakanlah dia. InsyaAllah ada banyak lagi akhwat terbaik untuk antum.”

“Tapi..”

“Kenapa akh? Akhwat yang antum maksudkan tu cantik sangat ke sampai antum masih ragu-ragu?”

“Takdelah cantik sangat.. Tapi..”

Keadaan menjadi sunyi semula..

“Ok akh. Sebelum tu ana ada persoalan untuk antum, kenapa antum berada di jalan ni?”

“Emm. Untuk mencapai redha Allah, dakwah sungguh-sungguh supaya umat manusia dapat di tarbiyah dengan Islam..”

“Ok. Soalan kedua, apa tujuan sesebuah pernikahan antara da’ie dan da’ieah?”

“Emm. Sebab nak menyempurnakan separuh daripada agama?”

“Betul la tu, tapi kurang tepat. Sebab apa?”

“Emm. Sebab.. Nak memudahkan dan melancarkan urusan dakwah?”

“Ok. Seterusnya. Kenapa antum berkenan pada seseorang akhwat?”

“Err. Sebab dia akhwat? Dia pun di tarbiyah?”

“Hmm. Itu wajar-wajar saja akhi. Tapi antum kena tanya diri antum sendiri, mana yang lebih patut. Adakah patut antum berkenan pada akhwat tu hanya sebab dia cantik dan dalam pada itu antum menjadikan alasan dia di tarbiyah, dia di halaqohkan dan dia datang program-program kita sebagai alasan untuk antum berkenan pada akhwat tu? Ataukah kemantapan gerak kerja akhwat tu dalam dakwah, keyakinan antum bahawa keberadaan dia sebagai sayap kiri antum akan melajukan lagi luncuran dakwah, dengan kematangan akhwat tu boleh turut membantu antum membina kematangan diri dalam dakwah, dengan keberadaan dia disisi antum dapat menjadikan antum lebih ikhlas dan lebih bersungguh-sungguh dalam dakwah yang sepatutnya membuat antum berkenan pada seseorang akhwat tu?”

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Al-Imran 3:14]

“Err..” ikhwah tersebut tertunduk diam.

“Sepatutnya apa yang perlu kita dahulukan dalam hal seperti ini akhi? Dakwah atau hawa nafsu? Sebab kalau antum memilih akhwat sebab kecantikan, bukankah itu menggambarkan bahawa antum hanya mengikut kehendak hawa nafsu antum sendiri?”

“Ya Allah.. Adakah keikhlasan ku sudah hilang.. Apakah aku sudah hilang tujuan kenapa aku berbuat setiap apa pun..” kata ikhwah tersebut kepada dirinya sendiri.

“Ana tak rasa yang ana perlu dengar jawapan dari mulut antum atas persoalan ana tadi. Ana cuma harap antum jawab persoalan tadi dari lubuk hati antum yang paling dalam sekali, lubuk di mana keikhlasan antum dalam dakwah sedang bersembunyi, ataukah ia sedang terang-benderang menyinari? Wallahualam.”

Air mata ikhwah itu mula jatuh bercucuran, berderaian jatuh ke Quran terjemahan yang di genggam erat di tangan..

So akh, ana minta kita sama-sama cari semula keikhlasan hati kita, cari semula asbab apa antum bersengkang mata, berhempas pulas, membanting tulang empat kerat di jalan ini, yang padanya belum pasti imbalannya di bumi, tetapi akhirat yang pasti. Berkenan pada seorang akhwat atas rupanya yang cantik itu manusiawi akhi, takkanlah antum nak berkenan pada ikhwah yang cantik kot.” dengan nada sarkastik. “Tapi maksud ana, fahamilah bahawa keberadaan agama Islam di atas muka bumi ini adalah untuk menyalurkan fitrah manusia seperti cinta ke jalan yang suci, bebas dari maksiat dan kemungkaran.”

“Hmm..” sambil mengukir sedikit senyuman di balik air mata yang berlinangan..

“Tapi, kalau itulah alasan antum untuk menikahi seseorang akhwat, apalah bezanya kita dengan orang yang tidak di tarbiyah? Walau bertopengkan bait ad-duat sekalipun, jika tujuan dan niat sudah salah, apalah beza kita menikah dengan kebanyakan artis menikah? Kita pun tahu hakikat hadis Rasulullah SAW.”

"Dikahwini seorang perempuan itu atas 4 sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya; maka pilihlah yang beragama, dan berolehlah keuntungan". (HR Bukhari dan Muslim)

“Betul..”

“Ana mungkin bukanlah ikhwah yang paling patut antum tanya, sebab ana pun belum bernikah lagi. Tapi insyaAllah, apa yang ana boleh beritahu antum, masanya sudah hampir. Ana cuma harap doa antum agar ana lebih berbuat apa yang baru ana katakan tadi, agar hati kecil ini lebih terjaga dari tersimpangnya tujuan hakiki kita diturunkan ke dunia ini.”

“Haha.. Tak mengapa akh.. Ana doakan agar saat itu akan berlangsung tidak lama lagi. Terima kasih banyak atas nasihat antum. Tolong doakan ana agar terus ikhlas di jalan ini.”


“Haha. InsyaAllah.. No biggie la. Apa guna ukhuwah kan? Dah, jom balik. Menggigil badan duduk kat luar malam-malam macam ni.” sambil berpimpin bahu dengan tekad dan semangat baru menuju redha Tuhan..